Membincangkan perihal amalan menengok ramalan bintang (zodiak/horoskop)
dan menilik nasib melalui dukun/bomoh/fengshui dsb. Petikan dari
panelis mengatakan seseorang yang membuat ramalan atau tilikan
menyerupai mempercayai kuasa lain yang selain Allah SWT dan amal
ibadatnya tidak diterima selama 40 hari. Tetapi sekiranya membaca
horoskop untuk membantah atau menyangkal ramalan-ramalan tersebut
hukumnya adalah dituntut sekiranya untuk memberi pengajaran pada yang
lain. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang akan
berlaku pada masa depan. Wallahualam.